Welcoming LED

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG
- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.
- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk- bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dan lain-lain.
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1. Tingkatkan Daya Kreativiti
-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958))
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya.

Temanya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan manusia. cth wau bulan, wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian – peralatan kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual – penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak- kotak, tisu, gam dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki
kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga
Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut
fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi –
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat “tumbnail-print” / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik dijadikan kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas
- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk- keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu.


PENGENALAN ARCA

1)    Arca merupakan bentuk dalam susunan tiga dimansi untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.
2)    Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan cirri- cirri tiga dimensi.
3)    Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina,hiasan dalaman,dan reka bentuk pentas, namun karya ini mempunyai kaistimewaan tersendiri.
4)    Arca dibahagikan kepada 2 jenis iaitu berfungsi dan estetika.

Arca berasal daripada perkataan Yunani tua “sculpere” yang bermaksud mengukir,menebuk, memotong, melarik dan sebagainya

- Pengucapan hasil seni yang bersifat 3D.
- Hasil karya yang lebih diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar.
- Menggunakan unsur seni reka dan prinsip seni reka.


SEJARAH ARCA.

1)    Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk, dan tanah liat. Ia dihasilkan oleh orang- orang Aurignacian dan Magladenia pada kira- kira tahun 8000 S.M.
2)    Pada zaman dahulu , bentuk figura manusia dan haiwan adalah subjek utama yang digunakan untuk menghasilkan arca.
3)    Michelangelo Buanarroti (1475-1564) merupakan pengarca italic yang teragung pada zaman pembaharuan (Renaissance) di Eropah.
4)    Pengarca masyur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum perang dunia kedua ialah Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898- 1986) dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland (1901 – 1966).
5)    Sebelum Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada bahan plastik , nilon, fabric, dan bahan buangan lain.
6)    Antara teknik yang digunakan ialah teknik luakan, binaan dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, asemblaj, dan sebagainya turut digunakan.

SEJARAH ARCA DI MALAYSIA

1)    Arca  tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan.
2)    Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an.
3)    Antara pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, dan lain- lain.

KATEGORI ARCA
a) ARCA ESTETIK
- Bahan peragaan/tatapan - Sebagai hiasan dalam/luar bangunan
- Punyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual
b) ARCA BERFUNGSI
- Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak dan lanskap - Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan - Keperluan domestik.

MEDIA PENGHASILAN ARCA

- TANAH LIAT - Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum batu digunakan untuk arca
- GANGSA - Gabungan tembaga, zink dan timah - Gunakan alatan leburan yang bersuhu tinggi - Gunakan acuan untuk membentuk arca.

- KAYU - Media paling tua , Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu - Banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia

- BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu digabung dengan logam.

- LOGAM Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena digunakan

Arca timbul - Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:- Acuan- Tampalan.


Alat dan Media: Kepingan kayu, plaster of Paris, batu, kayu, plastic, tanah liat, pahat, penukul
Teknik: Acuan, tampalan, asemblaj, binaan.


Asemblaj – Binaan
Asemblaj - Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;- Kimpalan- Binaan- Cantuman skru/paku- Gam


Alat dan Media: Kayu, logam, batu, simen, besi, roda.

Teknik: Kimpalan, binaan, cantuman skru / paku, ikatan


Penyediaan Lakaran Idea
_ Menentukan subjek dan tema
_ Menentukan alat dan media
_ Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)
_ Memilih salah satu lakaran yang terbaik
_ Memperinci lakaran

Proses Membentuk Arca
_ Membuat model kecil/prototaip
_ Membuat kerangka atau struktur
_ Membuat arca yang sebenar
_ Kemasan dan persembahan

PERSEMBAHAN HASIL KERJA
Ekspresi Diri
1. Bentuk arca menepati tema dan topik.
2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan.
3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik.
5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Asli, unik dan berketerampilan.
Apresiasi
1.Tajuk dan tema yang sesuai
2.Alat dan bahan yang sesuai
3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej
4.Kesesuaian secara keseluruhan

Proses Membuat Arca
-     Membuat arca kecil / prototaip
-     Membuat kerangka / struktur
-     Membuat arca yang sebenar
-     Kemasan / Persembahan

MOBAIL

Idea untuk mengapungkan atau menggunakan ruang atas udara sebagai kaedah untuk menampilkan dalam peragaan arca yang seterusnya diterima sebagai karya seni. Mobail - Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak.
Tidak statik, boleh bergerak atau berawangan pada kedudukan yang tetap.Biasanya menggunakan bahan ringan.

Alat dan Media: Besi, dawai, kertas, tali temali, kad bod, dawai besi, logam.

Teknik Penghasilan Mobail:
-     Kimpalan
-     Gam
-     Skru
-     Jahitan
-     Ikatan
-     Tanggam
-     Menggunakan skru, nad dan bol

Perkara-perkara dalam Menghasilkan Mobail
-     Menentukan subjek dan tema
-     Menentukan alat dan media
-     Membuat thumbnail print
-     Memilih salah satu lakaran terbaik
-     Memperinci lakaran
-     Membuat karya / mobail.

Proses Membentuk Mobail
-     Membuat model kecil atau prototaip
-     Membuat kerangka / struktur
-     Membuat mobail yang sebenar
-     Kemasan dan peragaan / persembahan

Klasifikasi Bahan Mobail
-     Luar dan terdedah
Keluli                       Tembikar
Besi                         Aloi
Timah                       Marmar
-     Dalam dan tertutup
Plastik                     Tembikar
Kayu                        Aluminium
Kertas                      Bahan Terbuang

Aplikasi Prinsip Rekaan Mobail
-     Imbangan
-     Harmoni
-     Warna
-     Kontra
-     Pergerakan
-     Rentak

Persembahan Hasil Kerja
-     Bentuk mobail menepati tema dan tajuk
-     Bahan binaan mobail sesuai dengan tujuan
-     Pastikan kuat, kukuh dan selamat
-     Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk komposisi gubahan artistic
-     Mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaan
-     Asli, unik dan berketrampilan


STABAIL
-     Berasal daripada “stabile” yang bermakna static, kukuh dan mantap.
-     Berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang dan menghidupkan persekitaran.

-     Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil
-    Alat dan Media: Simen, kepingan logam, plastic, besi, logam, papan.
-    Teknik: Kimpalan, skru, ikatan, acuan, binaan

Alat
-     Playar pemotong / muncung
-     Gunting dawai
-     Gergaji besi / kayu
-     Bahan pelekat (masking tape, gam, bahan pematri)
-     Pisau pemotong
-     Gerudi elektrik / Pemotong logam

Media
-     Kayu (Kayu keras, bongkah kayu)
-     Batu marmar (Batu granit)
-     Logam (Besi, Timah, Tembaga, Aluminium)
-     Plastik (Kepingan plastic, bongkah plastic)
-     Plaster of Paris (Simen, Simen Putih)
-     Bahan-bahan daripada spare-part kereta

Teknik Penghasilan Stabail
-     Kimpalan
-     Skru
-     Ikatan
-     Acuan
-     Binaan

Teknik cantuman yang digunakan
-     Ribet
-     Pateri
-     Gam
-     Acuan
-     Tanggam

Proses Menghasilkan Stabail
-     Memerhati
Mengenali.
Memahami bentuk dan ruang stabail.
-     Melakar
Sketsa-sketsa untuk mendapatkan penampilan imej baik dan terancang.
-     Memilih
Sketsa baik dan relevan.
Berkaitan dengan perancangan menghasilkan stabail.
-     Membuat prototaip
Meneliti dan membuat tinjauan.
Menyamai imej sebenar.
-     Membuat kemasan
Kemasan.
Menentukan ruang untuk peragaan.




MODEL

Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.




MODEL RUMAH BANGLO G4.8 2011 (Klik Disini) Prosesnya (Disini)

Golden Temple Model Demo Video (Klik Disini)

Example of Temple Model (Klik Disini)

Paper Temple Project (Klik Disini)




DIORAMA

Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.


BONEKA

Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jahitan, gam, kimpalan dan skru.


- Jari (Klik Disini)



TOPENG (Langkah-langkah-Klik Disini)

Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan




ORIGAMI

Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.







ORIGAMI


JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI


TUMBUH- TUMBUHAN , haiwan , permainan , barang perhiasan


ALAT DAN MEDIA


- Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna- size 15 cm


1. KERTAS WASHI

_ Berkualiti tinggi daripada Jepun
_ Buatan tangan dengan teknik yang istimewa
_ Corak elegan seperti fabrik broked
_ Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap

2. KERTAS KERAJANG
_ Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain
_ Kadangkala bercorak timbulan dan licin
_ Permukaannya berkilau dan berkilat
3. KERTAS SEPASANG
_ Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik
_ Spray “adhesive” untuk melekat pasangan kertas
_ Origami dibentuk


4. KERTAS BUNGKUSAN
_ Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian belakangnya
_ Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.
_ Sering disebut kertas pembungkus hadiah
- Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.
- Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki.


MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG MUDAH DAN CEPAT


1. Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan
2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau
3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga
4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan
5. Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut
6. Segi empat tepat siap

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LED KOMEN

About Me

My photo
GEORGETOWN, PENANG, Malaysia

Gandhi Says...

Profile Views Seconds

Followers

Song for blog