Monday, January 16, 2012

Selamat Datang Ke Blog Saya...



Vanakkam dan Salam sejahtera kepada semua pelawat blog seni saya ini. Dengan keizinan Parabrahma (Yang Maha Esa), telah saya siapkan tugasan ini dengan baik. Tanpa keizinan dariNya, sudah tentu saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya Kirheba Murugan Krishnan telah menghasilkan sebuah blog yang bertajuk 'artzskill' yang bertemakan 4 Bidang Pendidikan Seni Visual yang termaktub dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR untuk kursus PSV3109 (Soalan Tugasan). Sekarang ianya berguna untuk perkongsian ilmu kepada semua pihak.

Saya sebagai pelajar PISMP semester 5.8 Ambilan januari 2010 (Klik Disini untuk Carta Organisasi Kelas) atau Senarai Nama di Blog Jabatan PSV IPG Kampus Ilmu Khas (Klik Disini) perlu melibatkan empat bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan membuat binaan dan Mengenal Kraf Tradisional untuk menghasilkan karya seni digital dan produk laman web berbentuk interaktif multimedia. Sekarang ianya telah berumur 5 tahun semenjak saya hasilkan blog ini.

Tugasan ini merangkumi bidang Multimedia Kreatif dalam Pendidikan Seni Visual dan juga Ujian Amali Komponen ICT dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Perbezaan diantaranya dapat dilihat dengan jelas melalui penghasilan kerja kursus ini. Pelbagai jenis kaedah telah saya gunakan bagi mendapatkan peta minda yang kreatif dan senang dibaca oleh sesiapa sahaja yang rujuk kerja saya ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu saya, kawan karib dan rakan-rakan seperjuangan, yang sudi memberi sokongan dan kerjasama yang amat berguna kepada saya dalam usaha menjayakan tugasan ini. Tanpa kerjasama mereka, kemungkinan besar, saya telah menghadapi masalah dalam penyiapan kerja kursus ini.Oleh itu kerjasama dan bantuan dari mereka amatlah diperlukan dan amatlah saya hargai.

Tidak lupa juga kepada budi baik dari pemangkin utama dalam menjalankan tugasan ini iaitu pensyarah saya, Pn NorAzizah Binti Atan dan Cik Zaharah Mohamed yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya. Panduan dan tunjuk ajar yang diberikan telah banyak membantu saya untuk memperkembangkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berharap hasil kerja saya ini dapat memenuhi kehendak soalan dan kehendak pensyarah pembimbing yang saya hormati

Akhir kata, saya amatlah berterima kasih dan menghargai segala bantuan, sokongan, kerjasama, dan tunjuk ajar dari rakan-rakan sekalian serta pensyarah yang terlibat dalam usaha saya menyiapkan tugasan untuk menyiapkan sebuah blog pendidikan seni visual ini.

APA ITU MULTIMEDIA?

NOTA MULTIMEDIA (Klik Disini)

Definisi Multimedia
Perkataan multimedia adalah berdasarkan 2 perkataan utama iaitu multi dan medium.

8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
GEORGETOWN, PENANG, Malaysia

Gandhi Says...

Profile Views Seconds

Followers

Song for blog