Welcoming LED

ASAS SENI REKA

Asas seni reka sangat penting dalam penghasilan karya dan karya seni yang baik adalah hasil gabungjalin antara unsur seni dan prinsip rekaan.


Unsur Seni

GARISAN
DEFINISI: Garisan merupakan satu  siri cantuman  titik-titik.

TEKNIK MENGHASILKAN GARISAN:
Melukis: menhasilkan garisan secara melukis menggunakan alat-alat lukisan.
Menggosok: meletakkan kertas di atas permukaan kasar dan menggosok kertas menggunakan alat melukis.
Mengoyak: mengoyak kertas supaya menjadi jalur garisan.
Merenjis: menyapu warna cair  ke atas permukaan kertas yang telah disapu dengan lapisan kanji cair.
Meniup warna: meniup warna air menggunakan penyedut  minuman.
Menjahit: menyilang benang di atas kain.

FUNGSI GARISAN:
Olahan garisan dapat menghasilkan  pelbagai kesan.
Menimbulkan gambaran,jalinan, bentuk, ruang, rupa dan bentuk.
Penggunaan garisan-garisan beralun, bergetar,  melengkung, memancar, memutar, berputus-putus dan berselari antara satu sama lain akan menghasilkan kesan pergerakan.

DEFINISI
Garisan ialah kesan yang dihasilkan dengan menggunakan alat, instrumen, media atau bahan yang dimulakan daripada satu titik merentasi suatu permukaan atau sesuatu kawasan.

JENIS-JENIS GARIS
Garisan tebal

Garis dihasilkan komputer ________________________________________________
Garisan nipis
Garisan titik-titik .............................................................................................................

Grisan beralun
Garisan berbuli
Garisan berlingkar
Garisan zig-zag
Garisan pancaran
Garisan putus-putus - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

FUNGSI GARISAN
Garisan melahirkan rupa


Garisan melahirkan bentuk

Garis menghasilkan bentuk















Rupa menghasilkan bentuk

Garisan membentuk struktur dan bentuk
Garisan mewujudkan ruang
Garisan menghasilkan jalinan
 
Garis menghasilkan jalinan
Garisan menghasilkan motif
Grisan menimbulkan kesan ton

Garis menghasilkan ton
Garisan menunjukkan pergerakan

DEFINISI: Jalinan merupakan  kesan  yang  terdapat  pada permukaan sesuatu objek.
TERDAPAT DUA JENIS JALINAN:

JALINAN SENTUH:
Kesan pada  pemukaan objek yang boleh dirasa melalui penglihatan dan sentuhan.
Contoh: Kolaj, ukiran kayu, anyaman,jahitan.ikatan,gosokan dan teknik impasto


JALINAN TAMPAK:
Kesan pada pemukaan objek yang dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan.
Con toh:Catan, lukisan,cetakan, tiupan warna dan pualaman.


RUPA
DEFINISI: Rupa ialah satu pemukaan rata dan tidak timbul,ia hanya dua dimensi.
Rupa berbeza dengan bentuk kerana tidak mempunyai jisim.
Rupa ialah hasil pertemuan kedua-dua titik penghujung sesuatu garisan.
Rupa wujud dalam bentuk organic dan geometri

JENIS-JENIS RUPA
Rupa organik: Rupa yang tidak mempunyai tepi yang bersudut dan tidak berbentuk geometri.
Rupa geometri: Rupa yang direka dengan sengaja.Ia mempunyai tepi yang melengkung atau bersudut. Contoh: bulat,segi tiga,segi empat dan lain-lain bentuk.
Rupa positif: Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam sesuatu  kawasan tertentu.
Rupa negatif: Rupa negatif ialah rupa yang berada di ruang sekeliling rupa objek.

BENTUK
DEFINISI: Benda yang mempunyai fom atau ruang 3 dimensi.
Semua bentuk mempunyai ketinggian,jisim,dan keluasan.
Rupa objek yang ditambah dengan garisan,jalinan, atau ton akan  menghasilkan bentuk.
Terdapat  2 jenis bentuk,iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.

BENTUK KONKRIT : Bentuk yang dapat dirasa ketimbulannya melalui sentuhan.
CONTOH: Arca,anyaman, objek sebenar dan sebagainya.
TEKNIK: Mengukir,melilit  dawai,menganyam, picitan tembikar dan lain-lain

BENTUK ILUSI: Ialah bentuk yang dilukis dan digambarkan pada permukaan rata,ia berbentuk maya.
CONTOH: Catan,gambar,lukisan danfoto.
TEKNIK: Garisan,lorekan, dan  gosokan

RUANG
DEFINISI: Ruang ialah kawasan kosong di dalam,tengah atau sekeliling objek.
Dalam konteks seni,ruang ialah susunan objek-objek yang menimbulkan perbezaan jarak dan gubahan.
Perbezaan saiz objek menimbulkan ruang dekat dan jauh atau ruang timbul dan tenggelam mengikut susunan yang tertentu.

Terdapat 2 jenis ruang iaitu ruang nyata dan ruang tampak.
RUANG NYATA: Ialah ruang sebenar  yang mempunyai 3  dimensi seperti  yang  terdapat pada bentuk-bentuk bentuk-bentuk konkrit seperti arca,seni bina.
RUANG TAMPAK: Ialah ruang ilusi(maya) yang dihasilkan pada permukaan rata. Contoh foto,lukisan,gambar dan lain-lain.

Warna

Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu warna dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat. Kesimpulannya dengan adanya cahaya kita dapat mengesan warna.

RODA WARNA


WARNA
Jenis warna; 

Warna Asas - Dikenali sebagai warna utama merupakan warna yang paling hebat kuasanya

Warna Asas Merah , Biru , Kuning



Warna Sekunder - Warna yang dihasilkan dengan campuran dua warna asas.
Contohnya: Hijau=Biru+Kuning,  Jingga=Kuning+Merah, Ungu=Merah+Biru.Kuasa warna skunder sederhana,lebih lemah daripada warna asas tetapi lebih kuat daripada warna tertier.
kuning biru = hijau
biru merah = ungu
merah + kuning jingga



Warna Tertier - Warna tertier ialah campuran dua warna yang bersebelahan dalam roda warna ,iaitu satu warna asas dengan satu warna skunder. CONTOH: Kuning hijau=Kuning+Hijau,,                                                          Merah jingga=Merah+Jingga,Biru ungu=Biru+Ungu. Warna tertier menimbulkan kesan yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kehebatan kuasa warna asas dan warna skunder jika digunakan bersama-sama.
 warna tertier = warna asas + warna sekunder
biru ungu = biru ungu
biru hijau biru + hijau
kuning jingga = kuning jingga
kuning hijau = kuning hijau
merah jingga = merah + jingga
merah ungu = merah + ungu




WARNA HAHMONI:
Dikenali sebagai warna keluarga merupakan kumpalan warna yang terletak besebelahan satu sama lain dalam roda warna.
Warna harmoni dapat menimbulkan suasana selesa ,menarik,dan seimbang.

WARNA PENGGENAP:
Warna penggenap merupakan warna yang terletak bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna.
Warna penggenap yang segar,kaya dan bertenaga dapat menimbulkan kontra,getaran,dan pergerakan.
Contoh pasangan warna penggenap ialah (merah,biru), (kuning,ungu), (biru,jingga)

WARNA SEWARNA:
Dikenali sebagai warna monokrom merupakan warna yang dihasilkan dalam pelbagai ton.
Nilai warna rendah jika dicampur warna putih,nilai warna akan meningkat jika dicampur warna hitam.
Gubahan warna ini dapat menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa.

PERSPEKTIF WARNA:
Warna yang berlainan dapat menimbulkan jarak dan ruang.
Dalam catan pemandangan,kawasan atau objek yang dekat diwarnakan lebih gelap dan dilukis lebih jelas.
Kawasan yang objeknya jauh diwarnakan dengan warna yang terang,pudar dan lembut.
Apabila warna panas dan sejuk diletakkan bersama ilusi jarak akan dihasilkan.Warna panas kelihatan timbul kedepan dan warna sejuk tenggelam ke belakang.

SUHU WARNA -warna sejuk dan warna panas.
WARNA SEJUK:
Menimbulkan perasaan sejuk,sunyi, segar,tenang dan harmoni. Terdiri daripada warna hijau hingga ungu di dalam roda warna.Menimbulkan ruang yang jauh ke belakang.

WARNA PANAS:
Terdiri daripada warna kuning hingga merah di dalam roda warna. Menimbulkan perasaan garang dan gembira dan menimbulkan ruang ke depan dalam catan.

NILAI WARNA:
TON WARNA
Kesan pancaran terang-gelap sesuatu warna.
Diperolehi  dengan mencampur warna putih dan hitam pada kadar tertentu.
Warna kelabu diperolehi daripada campuran warna putih dan hitam juga merupakan warna neutral kerana telah hilang nilai warna putih dan hitam

KROMA WARNA:
Merupakan nilai ukuran kuasa bagi sesuatu warna.
Diperolehi dengan mencampurkan warna dengan  warna penggenapnya  pada nisbah berlainan.
Contoh warna kuning dicampur dengan ungu,kroma yan g dihasilkan adalah lebih pudar dari warna asal.

WARNA NEUTRAL:
Warna yang diperolehi daripada campuran dua warna penggenap pada nisbah tertentu sehingga ia hilang nilai warna kedua-dua warna asalnya. Contoh: warna kulit,warna kuning air,warna coklat dan warna perang









Teknik Mewarna
Langkah 1
Penghasilan lakaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan.

Langkah 2
Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi menimbulkan bentuk siput yang dilukis.

Langkah 3
 Warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar.Lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam warna air yang kita akan gunakan.

Langkah 4
Teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan.Kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan



Peta Minda Asas Seni Reka /Nota ringkas (Klik Disini)

Prinsip Rekaan (Klik Disini)
HARMONI
  • Harmoni membawa maksud aman dan damai. Dalam istilah seni pula,harmoni merupakan hasil susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seimbang dan sesuai.
  • Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pada pandangan.
  • Kesan harmoni timbul dalam seni tampak akibat daripada semua unsur-unsur seni dalam satu karya seni dan mempunyai tema yang sama atau disusun dengan teratur.
  •  Harmoni tidak akan muncul jika terdapat cirri yang bercanggah.
  • Unsur-unsur seni tersebut termasuk susunan objek,warna,garisan,rupa,bentuk,jalinan,ruang,saiz objek dan ton.
  • Aplikasi warna dari kumpulan yang sama atau mempunyai hubung kait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam suatu gubahan,umpamanya warna sejuk,warna panas,gubahan warna sewarna,gubahan warna harmoni,dan campuran jenis warna yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain.
  • Dalam konteks seni,ulangan garisan,rupa,bentuk,jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni.
  • Kesan harmoni membawa perasaan yang tenang dan tidak berserabut.
  •  Prinsip harmoni dapat dilihat pada sisik-sisik ikan,jalur-jalur corak pada siput,susunan bulu-bulu burung,urat-urat,corak anyaman,cermin muka dan sebagainya.
  • Ulangan diperlukan dalam harmoni. Ulangan juga menghasilkan rentak,menegaskan unit seni tampak,menyebabkan percantuman.
  • Tujuan harmoni ialah untuk menghasilkan kesatuan,keseimbangan dan ketenangan.
  • Suatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur – unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Harmoni wujud pada benda – benda alam dan benda buatan manusia.
  • Harmoni pada karya seni visual
  • Harmoni pada garisan
  • Harmoni pada bentuk
  • Harmoni pada rupa
  • Harmoni pada jalinan
  • Harmoni pada ruang
  • harmoni dari segi garisan

    harmoni dari segi bentuk

    harmoni dari segi rupa

PENEGASAN
  • Penegasan ialah pusat tumpuan bagi keseluruhan komponen dalam sesuatu gubahan dan pemandangan
  • Penegasan ialah satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara atau objek.
  • Penegasan boleh wujud melalui elemen kontra atau unsur keganjilan dalam sesuatu gubahan
  • Dalam seni,penegasan dihasilkan melalui penggunaan unsur-unsur seni seperti jalinan,garisan,rupa,bentuk,ruang dan warna.
  • Wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol di dalamnya.
  •  Sesuatu yang memberi perhatian dan tumpuan kepada pemerhati.
  •  Berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak daripada kebosanan dan melahirkan gubahan yang dramatik.
  • Fungsi penegasan adalah untuk menarik perhatian, menimbulkan tumpuan dan fokus, untuk mengelakkan kebosanan
  •  Cara untuk menimbulkan penegasan adalah dengan menggunakan elemen-elemen yang     kontra, pelbagai saiz, unsur yang diletak di tengah gubahan,pengcahayaan di bahagian penegasan, dan pengasingan elemen penegasan.
  • Penegasan garisan
  • Penegesan jalinan
  •  Penegesan warna
  • Penegesan rupa
  • Penegesan bentuk
  • Penegesan penegasan
·         Dalam proses penghasilan karya seni visual,ciri penegasan dapat dicapai melalui cara-cara berikut:
o   Menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra
o   Menghasilkan elemen yang harus ditegaskan
o   Meletakkan objek penegasan di pusat dengan menggunakan garisan grid berpancaran

IMBANGAN
  •  Imbangan ialah kesamaan dan berpadanan dari segi berat,tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu unsur-unsur seni
  •  Melalui imbangan susunan  tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan.
  • Imbangan perlu untuk menarik perhatian dan menimbulkan suasana formal atau tidak formal,disiplin atau gembira
  • Imbangan bermaksud keadaan yang berpadana dari segi berat,tarikan dan tumpuan perhatian.
  •  Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan
  • Jenis imbangan yang terdapat ialah imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan semua arah
  • Terdapat 2 jenis imbangan iaitu Imbangan simetri dan tidak simetri.
  1. IMBANGAN SIMETRI

  • Kiri dan kanan sesuatu benda atau  objek adalah sama berat sekiranya dilipat di bahagian tengah.Contoh imbangan simetri terdapat pada wau dan rama-rama
  • Imbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau atas sama dengan bawah.Garisan ‛axis’ dilukis di tengah-tegah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.

     2. IMBANGAN TIDAK  SIMETRI
  • Kiri dan kanan sesuatu benda atau objek tidak sama jika dilipat. Contoh bentuk yang tidak sama sisinya.
  •  Imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahgian pada gubahan tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaanya.
  • Dalam ciptaan seni,hasil ulang bersimetri mempunyai ciri yang berikut:
  • Penegasan yang biasanya berpusat di bahagian tengah
  • Daya tarikan sederhana atau tiada tarikan langsung
  • Hasil kelihatan dirancang dengan teliti dan terkawal menikut grid yang tertentu
  • Dalam ciptaan seni,karya yang megaplikasikan prinsip rekaan tidak simetri mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Penegasan wujud dimana-mana bahagian yang sesuai
  • Susunan unsur seni tidak mengikut grid yang tertentu
  •  Hasilnya kelihatan bebas dan spontan,serta mempunyai daya tarikan yang hebat.
Cara-cara menimbulkan keadaan keseimbangan dalam karya seni visual termasuk:

  • Strukur gubahan yang bahagian kiri tepat sama atau hampir-hampir sama dengan yang terdapat di bahagian kanan
  • Gunakan warna yang lebih gelap pada rupa bentuk yang kecil untuk mengimbangkan rupa besar yang berwarna muda atau pudar.
  • Rupa bentuk yang besar dan ringkas boleh diimbangkan dengan rupa bentuk yang kompleks dan kecil
  • Rupa bentuk yang labih besar dan pudar jalinannya boleh diimbangkan dengan rupa bentuk yang kecil dan kesat jalinannya
  • Bilangan rupa bentuk yang besar, kurang, dan jarang diimbangkan dengan rupa bentuk kecil,rapat,dan berbilangan.




 

    KEPELBAGAIAN
  • Kepelbagaian ialah hasil karya yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya,nilai dan idea,yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
  • Kepelbagaian merujuk kepada keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya,nilai dan idea yang berbeza dalam suatu gubahan.
  • Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan,perlanjutan dan kontra.
  • Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dala karya seni visual dapat memberi gaya,variasi tenaga,dan daya tarikan bagi gubahan itu.
  • Keadaan yang mempunyai penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.
  • Kepelbagaian dapat diwujudkan melalui aktiviti gayaan, lanjutan dan kontra.
  • Aplikasi prinsip rekaan kepelbagaian dalam karya seni visual memberi gaya, variasi, tenaga dan daya tarikan bagi gubahan itu.
  • Aplikasi prinsip irama dan pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu, gambar jadi lebih menarik, menimbulkan daya tarikan yang lebih menarik, menimbulkan kesan visual yang lebih hidup dan realistik.
    FUNGSINYA:
  • Menjadikan karya lebih menarik.
  • Menjadikan karya penuh dengan unsur-unsur seni.
  • CONTOH: Logo,ilustrasi,lambang,corak,komik,grafik dan lain-lain.
  • Mempunyai unsur-unsur seni dan prinsip seni reka.
  • Dengan kepelbagaian karya akan lebih menonjol. 

  • kepelbagaian warna

    kepelbagaian bentuk dan jenis objek

   KONTRA
  • Kontra ialah keadaan di mana salah satu daripada unsur seni bercanggah dengan unsur-unsur seni yang lain.
  • Dalam konteks seni visual ialah gubahan objek yang bertentangan dari sagi saiz, warna, bentuk, jalinan, kedudukan ruang, dan graviti. Kontra juga wujud di alam sekitar apabila objek yang tidak sama terletak di sesuatu tempat
  • Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan.
  • Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri yang bertentangan menimbulkan perbezaan.
  • Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melalui:

  1.          Penggunaan dan pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan
  2.      Pengolahan teknik dan gaya yang berbeza-beza
  3.     Penggunaan bahan yang berlainan


   Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat
  1.     Memberi penegasan dan tumpuan
  2.     Mengelakkan kebosanan
  3.     Menjadikan hasil seni pelbagai dan lebih menarik

   CIRI-CIRI KONTRA ADALAH:
  • Unsur-unsur kontra mempunyai ciri-ciri yang bertentangan.
  • Kawasan yang berkontra merupakan kawasan yang mempunyai daya tarikan yang paling hebat terhadap pemerhati.

   FUNGSI KONTRA:
  1.      Memberi penegasan.
  2.     Mengelakkan kebosanan.
  3.      Memberi daya tarikan.
  • Kontra pada karya seni visual
  • Kontra pada garisan
  • Kontra pada warna
  • Kontra pada bentuk
  • Kontra pada rupa
  • Kontra pada jalinan
  • Kontra pada ruang

kontra dari segi bentuk

kontra dari segi warna

kontra dari segi warna


   IRAMA DAN PERGERAKAN
  • Irama dan pergerakan ialah keadaan yang bergerak seperti, beralun, bergetar, bergoyang, memancar, bersinar-sinar.
  • Keadaan objek tampak yang bergerak, bergegar, bergoyang, bersinar dan berayun.
  • Kesan irama dan pergerakan adalah dengan ilusi tampak atau keadaan sebenar.
  • Irama dan pergerakkan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengelolahan unsure-unsur seni dengan cara dan tekik yang tertentu.
  • Bertujuan untuk memberi nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi,menimbulkan imej yang lebih hidup dan realistic,justeru menjadikan gambar kelihatan lebih menarik.
  1.     Penggunaan garisan memancar,memutar,berputus,putus dapat menimbulkan pergerakan.
  2.     Penggunaan garisan yang berlainan saiz dapat menimbulkan pewrgerakan.
  3.     Kesan ruang akan dihasilkan melalui pergerakan
  •     Karya yang menggunakan pergerakan ombak,daun yang ditiup angin, kuda yang berlari dan sebagainya menggunakan prinsip ini untuk merakamkan situasi dengan menggunakan prinsip tersebut.

  • ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

    arca pergerakan/irama

   KESATUAN
  • Kesatuan ialah karya yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh
  • Kesatuan wujud dalam seni,halus,karya,seni grafik dan barangan kraf tangan.
  • Penggunaan unsur-unsur seni,pengelolaan tema,serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.
  • Aplikasi prinsip kesatuan dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap,teratur,dan sempurna di samping menimbulkan suasana yang tenteram serta perasaan selesa.
  • Wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsure-unsur Didalamnya ada satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.
  • Unsur-unsur seni,pengelolaan tema,serta rekaan yang baik dapat wujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.
  • Sebagai contoh-corak ulangan
  • Sebuah persembahan atau gubahan yang baik dan saling mempunyai hubung kait antara unsur seni reka dan prinsip rekaan. Kesatuan boleh diumpamakan sebagai satu gubahan untuk mendapatkan keindahan yang estetika.
  • Wujud apabila keseluruhan unsur seni, ruang, prinsip seni, dan ruangdihasilkan menepati kehendak tema dan tajuk.

  • kesatuan tema

    kesatuan tema jenis objek dan warna

    kesatuan warna, objek, dan rupa 
Sumber Gambar dari (Klik Disini)
Peta Minda Prinsip Rekaan (Klik Disini)
Klik (123)

8 comments:

  1. can u remove ur graphic design??

    ReplyDelete
  2. why? is it bothering u? which graphic?

    ReplyDelete
  3. thnks for this informati0n ... ^_^ n0w preparing for design and environment exam ... h0pe this can help me

    ReplyDelete
  4. n0w preparing f0r Design and Environment exam .. h0pe this can help me.. thnks ^_^

    ReplyDelete
  5. terima kasih bro... boleh x buang dedaun kering yang berguguran itu... mengganggu ... bdw, thanks for ur efford...

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang memuaskan. Terima kasih ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LED KOMEN

About Me

My photo
GEORGETOWN, PENANG, Malaysia

Gandhi Says...

Profile Views Seconds

Followers

Song for blog