Welcoming LED

BIDANG MENGGAMBAR


 MENGGAMBAR

• Definisi menggambar ialah membuat atau menghasilkan gambar
• Salah satu bidang daripada 4 kegiatan yang terdapat dalam silibus PSV
• Alat media dan bahan untuk menggambar


ASAS-ASAS MENGGAMBAR

• Kandungan sesuatu objek atau hal benda dkenali
• Di sesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak2 untuk merangsang & meningkatkan pnp.
• Kanak-kanak guna pelbagai alat & bahan untuk hasilkan gambar mngikut ekspresi sendiri~bantu
perkembangan JERI kanak-kanak.
• Kanak-kanak mengalami pengalaman langsung dengan deria ketika mggambar~bantu memahami idea & mengkonstruk idea baru~menghubungkait dengan subjek-subjek lain
• Mengembangkan imiginasi, fantasi, kreativiti & ekspresi kanak-kanak ( JERI )


TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBAR

1. LUKISAN
• Antara teknik yang sering digunakan ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan, campuran dan sebagainya.


2. CATAN
• Cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi
• Menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain
• Sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar

Nota di Scribd (Download)

Demo menggunakan Cat Akrilik (Klik Disini) Video berkaitan Catan (Klik Disini)

Alat dan Bahan (Klik Disini)

Sejarah Catan Tempatan (Klik Disini)

Demo Cat Air (Video Hasil Pelajar G5.8) Kirheba Murugan, Hafizul dan Dinnie (Klik Disini-part 1, part 2, part 3)

3. KOLAJ
• Menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih
• Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar


4. CETAKAN
• Cara menghasilkan karya dengan mencetak.
• Terdapat pelbagai jenis cara cetakan
• Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan.
• Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak di atas permukaan kertas
• Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino, strawboard dan poliform


Peta Minda Cetakan (Klik Disini)

5. RESIS
• Menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau cow gum
• Cara dengan menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.
• Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan menolak warna air maka terdapat 2 kawasan dengan 2 jenis kesan
• Peringkat sek rendah guna krayon
• Proses batik - teknik resis





6. GOSOKAN
• Menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar. Contohnya duit syiling
• Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan




7. STENSILAN
• Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.
• Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.
• Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan





8. PERCIKAN
• Menggunakan alat yang boleh memercikkan bahan warna seperti berus (jalinan bertitik)
• percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas.
• Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlakunya apabila warna kedua dipercikkan


9. GURISAN (Lebih lanjut- Klik Disini)
• Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
• Cara melakukannya
permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil
• Kesan yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan

Langkah-langkah penghasilan gurisan:-
Langkah 1: Warnakan warna dasar



Langkah 2: Warnakan warna lapisan kedua (Warna hitam)




Langkah 3: Guris dengan menggunakan pensil mekanikal atau lidi sate, mengikut kehendak individu sama ada hendak menghasilkan karya yang bertemakan bidang menggambar ataupun bidang membuat corak dan rekaan.




10. CAPAN
• Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan
• Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.
• Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang.
• jalinan berbagai bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.



11. MOZEK
• Cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
• Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan
• Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.




12. MONTAJ
• Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita.
• Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.


13. ICT
Menggunakan teknik atau kaedah yang menggunakan perisian dan ICT untuk menghasilkan karya.








Power Point Karya ICT (Klik Disini)
Tutorial Adobe (Klik Disini)
Download Perisian CS6 secara percuma (Klik Disini)
14. POSTER


For more artist blog (Click here)

Tambahan Seni Kaligrafi India


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LED KOMEN

About Me

My photo
GEORGETOWN, PENANG, Malaysia

Gandhi Says...

Profile Views Seconds

Followers

Song for blog